RESEPI GULAI KUNING IKAN TENGGIRI KELATE STYLE



Ni resepi yg biasa saya guna sejak muda2 lagi masa mak dok ajar dulu, sama mcm gulai ikan tongkol/ayo je ni:

Bahan-bahan:

4-5 ketul ikan tenggiri (saya rendam 1/2 jam dulu dalam air garam (1-2tbs) & asam gelugor/keping sbb ikan ni tk boleh rebus mcm ikan tongkol/ayo, hancur la) baru boleh masak
1 biji bawang merah sederhana besar
1 biji bwg putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1pkt santan pekat (2biji) yg rm2.50
6-7biji cili kering (rendam sekejap dlm air panas)
(bwg2, kunyit, lengkuas, cili kering perlu di blend)
1-2 asam keping yg kita guna rendam ikan boleh guna masuk dlm gulai
2 biji lada hijau/solok klate (klu ada)
3-4 biji baby timun batang (dibelah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukan bahan yg diblend tadi kedalam periuk bersama santan pekat dan secawan air bersama asam keping. Sentiasa kacau, biar bahan blend sebati dgn santan. Selepas itu kita masukkan ikan bersama garam dan gula.
2. Perlu kacau lagi perlahan-lahan diatas api yg sederhana sampai mendidih baru dimasukkan lada solok dan baby timun batang. Kecilkan api dan biarlah gulai itu mendidih dengan api perlahan lbh krg 10 minit baru boleh tutup api. Dah siap utk dihidangkan..selamat menjamu selera.

Powered by Blogger.