Cara buat air laici asam masin soda

Panas2 ni, sedappnya laaa klu pekena air laici asam masin soda ni, sejuk tekak dan badan..

Jom buat ini resepinya....

Bahan-bahan:

1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.

Cara-cara:

1)Cuci semua bahan hingga bersih.
2)Hiriskan lemon nipis nipis.
3)Sediakan bekas yang bersesuaian.
4)Letakkan daun pudina secukupnya.
5)Masukkan lemon yang telah dihiris.
6)Diikuti asam boi putih.
7)Masukkan buah laici / longan.
8)Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
9)Letakkan ketulan ais jika suka.
10)Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.
Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!
Powered by Blogger.