Resipi Sedap Ayam Masak Lemon Dan Kentang

Ayam dan kentang boleh dikatakan makanan menjadi pilihan ramai. Ini kerana masakan dengan gabungan kedua-dua bahan ini sangat popular sebagai contoh kari ayam, ayam sambal kentang dan banyak lagi.

Ayam-Lemon-dan-Kentang

Namun, jika menu ayam lemon dan kentang amat jarang ditemui dan hanya boleh didapati jika ada anda menghadiri majlis-majlis yang menyediakan juadah secara buffet.

Mungkin ramai yang mengidam tetapi tidak tahu bagaimana atau cara memasak juadah enak ini.

Jadi kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk memasak ayam lemon dan kentang ini yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN:


  • 3 sudu minyak zaitun

  • 6 ketul peha ayam

  • Garam & Lada hitam

  • 1 biji bawang holand (dihiris kasar)

  • 2 ulas bawang putih (dicincang)

  • 6 biji kentang (dihiris halus)

  • 1 cawan air rebusan ayam

  • ½ epal cider

  • 2 sudu perahan lemon

  • Beberapa batang rosemery

  • Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:


  • ½ hirisan keju parmesan

  • 6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN:


  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.

  2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.

  3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.

  4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.

  5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.

  6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.

  7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.

  8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.

  9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.

  10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.

  11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.

  12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.

  13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

  14. Nah kini ia sedia dihidangkan!

Selamat mencuba dan menjamu selera!
Powered by Blogger.