Rakaman Video Pelajar Maut Tersangkut Di Pintu Lif Di China..

 



Pada 14 September yang lepas seorang pelajar lelaki di Universiti Huaqiao telah disahkan meninggal dunia selepas tersangkut diantara lif sebuah bangunan di Xiamen kampus di Daerah Jimei, China 



Pelajar itu ditemui dengan badannya dari dadanya dan sebelah kaki terperangkap di dalam lif manakala sebelah lagi kakinya terkulai di luar lif. 



Kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 1750 namun pasukan penyelamat hanya sampai 35 minit kemudiannya dan pelajar malang itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. 



Menurut saksi, pelajar itu bersama rakannya sedang menunggu untuk menaiki lif di tingkat 3. Apabila lif sampai, pelajar itu berada paling depan dan memasuki. Lif tersebut naik secara tiba-tiba menyebabkan pelajar itu terseangkut pada lif dan bangunan selama 35 minit. Pelajar itu ditemui dengan badannya dari dadanya dan sebelah kaki terperangkap dalam lif manakala sebelah lagi kakinya terkulai di luar lif itu. 



Sumber melaporkan pelajar itu mungkin mati akibat organ dalaman pecah, kata pekerja penyelamat. Punca kerosakan lif masih disiasat. 



Video dibawah adalah rakaman detik-detik pelajar itu tersangkut sehingga menghembus nafas terakhir. Rakaman itu diambil pada cctv dalam lif yang rosak tersebut.










Powered by Blogger.