FAKTA TENTANG ALAM HAIWAN YANG KITA TIDAK TAHU



FAKTA TENTANG ALAM HAIWAN

Alam haiwan sangat luas dan sangat menakjubkan. Ada antara fakta tentang alam haiwan yang kita tidak ketahui dan selama ini kita tak perasan pun akan fakta yang terdapat pada alam haiwan.

Ianya adalah satu perkara yang menarik untuk kita ketahui. Kalau nak tahu, Giler Kentang ingin kongsikan beberapa fakta tentang alam haiwan. Jom kita timba ilmu beramai-ramai.



FAKTA TENTANG ALAM HAIWAN

1) Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya

2) Kelawar selalunya membelok ke kiri apabila keluar dari gua.

3) Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia

4) Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

5) Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

6) Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m

7) Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

8) Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

9) Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

10) Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

11) Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.

12) Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.

13) Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka ‘bulldog’ dan ‘pit bulls’ cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

14) Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya

15) Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang.

16) Diet Panda ialah 99% terdiri daripada buluh.

17) Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.

18) Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.

19) Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).

20) Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.



Powered by Blogger.