Kinokuniya dari dealer balak ke kedai buku
Tahukah anda Kinokuniya pada mulanya ialah sebuah syarikat dealer kayu balak dan juga arang batu yang beroperasi di Yotsuya, Jepun.
Selepas gempa bumi besar Kanto pada tahun 1923, perniagaan mereka berpindah ke Shinjuku, salah satu daerah di Tokyo dan telah bertukar dari dealer kayu balak dan arang batu kepada sebuah kedai buku oleh pengasasnya Moichi Tanabe pada tahun 1927. Kinokuniya beroperasi di sebuah bangunan kayu dua tingkat dengan lima orang pekerja termasuk Tanabe.
Pada bulan Mei 1945, Kinokuniya menghadapi ujian besar apabila bangunan kedai mereka musnah dalam satu serangan udara. Namun, mereka bangkit dengan membuka semula kedai pada bulan Disember tahun yang sama. Semenjak itu, Kinokuniya terus melangkah maju dengan membuka lebih banyak kedai buku di seluruh Jepun.
Pada tahun 1969, Kinokuniya membuka cawangan pertama mereka di luar negara. Kau tahu dia buka dekat mana? San Frascisco Amerika Syarikat. Bukan calang-calang tempat. Sekarang Kinokuniya ada sepuluh outlet di Amerika Syarikat antaranya di New York City, San Francisco, San Jose, Los Angeles, Costa Mesa, Seattle dan Portland.
Selain Amerika Syarikat, Kinokuniya juga ada cawangan-cawangan lain di Australia, Taiwan, UAE, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Cuba kau bayangkan apa jadi kalau pengasas Kinokuniya ni putus asa selepas gempa bumi besar dulu atau dia berhenti lepas kedai dia musnah kena serangan udara masa tu? Mesti Kinokuniya hanya tinggal sejarah.
Sebenarnya iktibar dia aku cuma nak cakap jangan kita cepat putus asa dengan apa yang kita usahakan. Mana tahu satu hari nanti apa yang kita buat sekarang akan jadi sesuatu yang power ye tak?

Leave a Comment